Produk makanan bumiputera mendapat tempat di pasaran - Produk Pertima

SYARIKAT pengeluar produk makanan dalam tin, Pertima Terengganu Sdn Bhd (Pertima) giat meningkatkan pengeluaran ke tahap maksimum bagi memenuhi permintaan pelanggan. Pertima yang ditubuhkan pada 1972 adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu (PMINT) dan menjalankan operasi pengeluaran di Chendering, Terengganu.

“Pertima mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 100 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan disebabkan penularan koronavirus (Covid 19),”kata Pengurus Besarnya, Syed Mohd Asdi Tuan Ngah.Bagi mengukuhkan kedudukan Pertima, syarikat melantik ejen dan pengedar baharu serta melaburkan RM1 juta untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran pada masa akan datang. Pertima memiliki persijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mesti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, HACCP dan ISO. Pertima turut dianugerahkan ‘World Halal Bestbrand Award’ oleh Brandlaurette.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106248/BISNES/Produk-makanan-bumiputera-mendapat-tempat-di-pasaran