Pilihan Bijak
Pastinya Citarasa Lokal
Sedap & Halal. Pertima membawakan ikan sardin berkualiti tinggi terus ke meja makan keluarga anda.
Kenapa Pilih Pertima?
Sedap
Rasa asli yang memikat selera seisi keluarga.
Halal Bersijil
Dihasilkan berdasarkan udang-undang, peraturan, standard dan garis panduan Pengurusan Pensijilan Halal Malaysia.
Ready-to-Eat (RTE)
Hidangan mudah dan pantas untuk kehidupan urban.
Citarasa Tempatan
Resipi kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.
Produk Cemerlang Pertima
Disediakan dengan bahan asli premium tanpa bahan pengawet tiruan.
Popular
Sardin Dalam Sos Tomato
Ikan sardin segar dalam kuah sos tomato pekat kaya dengan Omega-3.
Eksklusif
Kari Ayam Dengan Kentang
Potongan ayam empuk dan kentang lembut dalam kuah kari kaya santan.
Asli Terengganu
Kuah Laksa Merah Terengganu
Kuah laksa ikan segar asli Terengganu pekat dan beraroma wangi.
Boleh didapati di kedai kegemaran anda
Reputasi Terbaik
Sejak 1972
Lebih 50 tahun membawakan kualiti, kepercayaan dan citarasa untuk semua.
Pengenalan
Sejarah Penubuhan & Perjalanan
Pertima Trengganu Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengeluar makanan dalam tin yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu. Ditubuhkan pada 28 Mac 1972, PERTIMA merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Bermula daripada sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan dalam tin, PERTIMA telah berkembang dan membina reputasi sebagai salah satu pengeluar makanan yang mengutamakan kualiti, keselamatan makanan, kehalalan serta citarasa tempatan.
PERTIMA memulakan operasinya di Pulau Kambing, Kuala Terengganu sebelum berpindah ke Kawasan Perindustrian Chendering pada tahun 1978. Perpindahan tersebut menjadi antara langkah penting dalam perkembangan kapasiti pengeluaran dan operasi syarikat. Sepanjang lebih lima dekad dalam industri makanan, PERTIMA terus mempertahankan identiti dan warisan produk tempatan, khususnya melalui produk ikonik Sardin Dalam Sos Tomato yang telah menjadi pilihan pengguna Malaysia sejak beberapa generasi. Seiring dengan perubahan keperluan dan citarasa pengguna, PERTIMA turut mempelbagaikan rangkaian produknya kepada pelbagai kategori makanan sedia dimakan dan makanan bernilai tambah.
Pengiktirafan & Pensijilan
Pensijilan rasmi Halal JAKIM, Buatan Malaysia, GMP KKM, HACCP KKM, ISO 9001, MeSTI dan myFoodTag yang mengesahkan pematuhan standard jaminan kualiti dan keselamatan tertinggi Pertima Food.
Kilang Kami
Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu.
Rangkaian Produk
Pertima
Kenikmatan hidangan asli Terengganu sedia dihidangkan dalam beberapa minit.
425g / 155g
Sardin Dalam Sos Tomato
Ikan sardin segar dalam kuah sos tomato istimewa bertaraf eksport.
280g / 425g
Kari Ayam Dengan Kentang
Daging ayam segar dan kentang empuk dalam kuah kari bersantan pekat.
400g
Kuah Laksa Merah Terengganu
Kuah laksa ikan segar asli Terengganu sedia dipanaskan dan dihidang.
200g
Sambal Bilis
Sambal bilis mata biru rangup pedas manis pembuka selera.
425g
Kuah Kacang
Kuah kacang tanah sangai beraroma lengkuas dan serai asli.
180g
Sapuan Sardin
Sapuan isi sardin sedia disapu pada roti & sandwic.
230g
Puri Tomato
100% puri tomato pekat tanpa bahan pengawet untuk masakan.
200g
Seri Kaya
Seri kaya santan asli dan pandan harum resepi warisan.
Pertanyaan &
Maklumat Perhubungan
Kami sedia membantu sebarang pertanyaan dan perkhidmatan anda.
Hubungi Kami
Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila lengkapkan borang dibawah, dan kami akan hubungi anda semula secepat mungkin.
Maklumat Dihubungi
Lokasi Kami
Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu