Pengenalan

” Untuk menjadi peneraju utama dalam sektor pembuatan produk makanan dalam tin di Malaysia dan membina pasaran di peringkat global “

PERTIMA TRENGGANU SDN. BHD. (PERTIMA) adalah anak syarikat penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan pemilikan 100% modal saham.

Pertima juga adalah peneraju pengeluar makanan dalam tin di Terengganu. Sejak ditubuhkan pada 1972, PERTIMA telah mebuktikan bahawa ia adalah pengeluar produk dalam tin yang berkualiti tinggi di pasaran.

Beroperasi di premis sendiri yang terletak di Kuala Terengganu, kilang kami mempunyai kelengkapan yang cukup di mana kami memberi jaminan dapat membekalkan bermacam-macam jenis produk makanan dalam tin yang bermutu seperti ikan dalam kuah tomato(sardin), Kari Ayam, Kari Kambing, Kari Lembu, Sambal Bilis, Ikan Keli dan sebagainya.

Produk kami telah pun diuji sebelum ini di mana pihak kami telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai pembekal tunggal untuk sardin kepada semua agensi kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia selama lebih 20 tahun.

Sebagai jaminan mutu dan kualiti, kami adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Moody International yang mana pihak kami telah memperolehi sijil HALAL, HACCP dan ISO 9001:2015.

Lawati kami di Media Sosial.

Shopping Basket