Latar Belakang

Pertima Trengganu Sdn Bhd (PERTIMA) merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) iaitu agensi pembangunan kerajaan Negeri Terengganu. Sehingga kini PERTIMA telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai satu-satunya kilang pengeluar sardin di Malaysia yang 100% milik dan pekerjanya melayu bumiputra semenjak penubuhannya pada tahun 1972.

PERTIMA telah diperbadankan pada 28 Mac 1972 dibawah Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta dan modal berbayar sebanyak RM7.4 juta. Lokasi kilang ialah dikawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu. Kilang ini mempunyai keluasan 6,937 meter persegi.

Semenjak penubuhannya sehingga kini, PERTIMA masih dapat menghasilkan prestasi keseluruhan yang baik. NIlai teras baru yang diperkenalkan iaitu Transformasi Pertima Baharu dengan tagline yang dikekalkan sehingga kini iaitu “Terunggul Sejak 1972” dan nilai teras lama “Yakin Halal dan Suci”, pengekalan sijil pengiktirafan antarabangsa seperti HALAL Jakim, ISO 9001:2008, HACCP dan MeSTI, PERTIMA yakin mampu menghasilkan lonjakan prestasi yang menguntungkan di masa-masa akan datang. PERTIMA kini diterajui oleh Pengurus Besar muda yang berkaliber dan bertenaga iaitu En. Syed Mohd Asdi Bin Tuan Ngah.

Lawati kami di Media Sosial.

Shopping Basket